Daging, Sup

Resepi Sup Tulang Merah Singapore

resepi-sup-tulang-merah-singapore

Resepi Sup Tulang Merah Singapore

Bahan-Bahan:

1 1/2 kilo tulang bahagian kaki kambing atau tulang lembu yang mengandungi sum sumnya sekali
1/4 senduk tomato sos
1/2 senduk cili sos
1 senduk cili boh
1/4 senduk minyak untuk menumis
1 tin kcik tomato puree
2 sudu besar bawang goreng
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit rempah kasar 4 beradik – bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kayu manis
garam, gula, gula kabung setengah ketul & ajinomoto secukup rasa
pewarna merah

Cara Buat:

1. Tulang direbus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang. Goreng jintan manis dan jintan putih tanpa minyak hingga agak garing, kemudian dimesin halus.

2. Bawang merah, bawang goreng, bawang putih dan halia diblend bersama dan kemudian tumis dalam kuali dengan minyak.

3. Masukkan jintan yang dimesin dan rempah-rempah kasar dan juga tomato sos, tomato puree, cili boh, lada hitam dan cili sos.

4. Tumis hingga garing dan berbangkit bau, masukkan pewarna merah. Kemudian masukkan hasil tumisan ini ke dalam air rebusan tulang tadi dan masak hingga agak pekat dan berkuah.

5. Masukkan garam dan perasa secukup rasa. Sedap dimakan dengan roti dan juga nasi. Boleh dihidang dengan limau nipis, daun sup, bawang goreng, daun sadri yang dimayang halus.

Resepi Sup Tulang Merah Singapore

Resepi Oleh: Aziey Ibrahim