
Resepi American Peanut Butter Cookies
Bahan-Bahan:
1 cawan mentega, dilembutkan
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan creamy peanut butter
2 biji telur grade A
1 sudu teh esen vanila
2 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
Hiasan: Sedikit gula halus dan garfu untuk tekan.
Caranya:
1. Panaskan ketuhar ke 350F (180 darjah celsius). Dalam mixer satukan butter, gula halus dan perang (brown sugar) creamy peanut butter putar sebati.
2. Masukkan telur, esen vanila, tepung gandum, baking soda, serbuk penaik dan garam dan putar lagi sehingga sebati.
3. Sediakan loyang pembakar yang tidak digris. Ambil satu sudu besar adunan dan gentel menjadi bebola. Kemudian dengan menggunakan garpu yang dicelupkan dalam gula, tekan dengan membuat corak krisscross di permukaan cookie, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis. Atau sudukan adunan dan (susun jangan rapat sangat) di atas dulang pembakar.
4. Bakar selama 12 minit atau sehingga kekuningan.Sejukkan sepenuhnya dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Nota:
+ Boleh tambah coklat cip.
+ Saya pakai cookie stamps untuk cookies ni.
+ Tak suka manis, boleh kurang kan gula kepada 1/2 cawan brown sugar dan 1/2 gula halus.
Resepi Oleh: Lina Thomas