Mee

Resepi Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza

resepi-kuah-mi-kari-ipoh-cikgu-liza

Resepi Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza

Kalau orang Perak mesti tau beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh. Kuahnya tak sama macam mi kari yang biasa dijual di kedai. Kuahnya guna ikan bilis tamban. Rasanya pun manis bilis dan ringan-ringan je. Sedap dan tak muak, Cikgu Liza kongsikan resepinya kepada kawan-kawan yang ingin mencuba.

Bahan-Bahan:

  • 200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air, toskan, simpan air rebusan dan ikannya dikisar halus)
  • 8 sudu makan rempah kari daging
  • 5-6 sudu makan cili kering kisar
  • 3 batang serai dititik
  • 2 batang akar daun sup diketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kiub ikan bilis(optional)
  • 500gm santan
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 500gm tauhu pong dipotong 4
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

*3 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih

Cara Memasak:

1. Kisar bahan bertanda (*). Kemudian, tumis bahan kisar, kayu manis, bunga lawang, pelaga, serai dan daun kari hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Bandung

3. Masukkan ikan tamban kisar, kacau rata. Kemudian masukkan air rebusan, akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.

4. Masukkan santan dan tauhu pong. Kacau rata dan sebati. Perasakan dengan garam gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

5. Sedia untuk dihidangkan dengan mi kuning, kuetiau atau bihun bersama bebola ikan, kek ikan, taugeh, daun sup dan daun bawang.

Resepi Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza

Resepi Oleh: Nor Azaliza Tarmizi