Resepi Masakan Sihat Cucur Ayam Oat

Resepi Masakan Sihat Cucur Ayam Oat

Sedap betul cucur ayam oat ni! Korang berdiet tapi tak tahu nak makan apa? Asyik makan rebus bakar je?. Hakak memang suka menu-menu berdiet yang sedap-sedap ni. Makan sedap tapi boleh kurus.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 tapak tangan dada ayam
  • 1 cawan rolled oat
  • 1 biji telur
  • daun kuchai
  • 1 sudu besar jagung dalam tin
  • 1/2 cawan air
  • sedikit himalayan salt

Cara Membuat:

1. Cincang halus dada ayam. Kisar kering rolled oat, dia akan jadi macam tepung. Kemudian satukan ke dalam mangkuk ayam tadi.

2. Masukkan jagung, daun kuchai, telur dan garam. Tuangkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair.

3. Panaskan kuali non stick, tak perlu letak minyak. Sendukkan adunan bulat-bulat, masak atas api sederhana hingga nampak garing.

Resepi Sos Tzatziki

Bahan-Bahan:

  • 1 biji timun jepun
  • 1 cawan greek yogurt plain
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 1 sudu besar daun pudina, cincang
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • sedikit himalayan salt

Cara Membuat:

1. Cincang timun jepun dan perah keluar airnya (hanya ambil timun yang diperah sahaja).

2. Kemudian gaulkan dengan kesemua bahan lain di atas. Siap dihidangkan bersama cucur ayam sihat. Selamat mencuba!

Resepi Masakan Sihat Cucur Ayam Oat

Resepi Oleh: Kuali Helena