Masakan Barat

Resepi Black Pepper Sauce Premium

resepi-black-pepper-sauce-premium

Resepi Black Pepper Sauce Premium

If u guys terjejas dengan PKP, mungkin korang boleh cuba resepi nie untuk mulakan perniagaan, nak mix dengan ape pun boleh, meatball ke chicken grill ke chicken chop ke, insyaAllah laku keras. Rasa kuah nie setanding meatball ikea, me’nate dan jahhet dan sebahagian kedai-kedai yang mahal.

Bahan-Bahan:

  • 2 sudu besar Butter
  • 1 biji Bawang Holand (potong dadu)
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 2~3 cawan Air
  • 5 sudu besar Kicap Manis
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu besar Black Pepper
  • 1 kiub Pati Ayam
  • 500ml Susu Full Cream
  • Garam & Gula (secukupnya)
  • Meatball & fries

Cara Membuat:

1. Okey gais, mula-mula kita akan cair kan butter. Kemudian masukkan bawang holand dan tumis sehingga wangi dan perang.

2. Kemudian boleh masukkan tepung dan tumis sebentar, kemudian masukkan 2 cawan air. Kacau sehingga sebati, kemudian boleh masukkan kiub pati ayam, black pepper, sos tiram, dan kicap manis.

3. Seterusnya kite akan kacau sehingga sebati, dan boleh tutup api sementara untuk kite pergi blend pula semua bahan yang kite masak tu.

4. Masukkan perlahan-lahan sos kite ke dalam blender, kemudian kite blend sehingga hancur semuanya. Nie untuk dapatkan texture yang smooth waktu kite nak makan nnti.

Cuba Resepi Ni:  Resipi Makaroni Goreng

5. Lepas dah blend, boleh tapis dan masukkan semula ke dalam kuali kite. Keladak-keladak yang kite tapis tu kite boleh buang sahaja. Kemudian biarkan sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

6. Pastu boleh la kite masukkan Susu Full Cream dan kacau sebati. Kemudian kite rasa terlebih dahulu kuah kita untuk kite sukat banyak mana garam dan gula yang kite perlu tambah.

7. Masukkan sedikit demi sedikit garam dan gula agar kuah kite tidak terlalu masin. Jika dah sempurna, boleh la tutup api dan maka dari itu siap lah kuah Premium Black Pepper Sauce kite.

Silakan share jika bermanfaat untuk semua.

Resepi Black Pepper Sauce Premium

Resepi Oleh: Ahmad Ilmi Ghazali