
Lagi sekali Kek Marjerin Pelangi tumpang lalu ye. Tak jemu-jemu lagi ni huhu. Kek mak-mak ni bukan mak je suka, anak-anak lebih lagi. Tak percaya, cuba buat. Ini resipinya;
Resepi Kek Majerin Pelangi
Bahan-Bahan:
1 cawan butter (saya tukarkan kepada marjerin Pelangi)
1 cawan gula halus
4 biji telur gred A
*1 setengah cawan tepung gandum
*1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
* Ayak bersama terlebih dahulu
Cara Membuat:
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 180c (Saya guna suhu 160c).
2. Mix butter/marjerin dengan gula dan esen vanilla sampai putih. Anggaran 7-10 minit macamtulah. Asalkan kembang. Guna high speed.
3. Perlahankan mixer. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Mix lagi dengan kelajuan sederhana.
4. Masukkan tepung yang sudah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit. Mix lagi sampai rata.
(Kalau taknak letak warna, terus ke step 5. Kalau nak letak warna, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu butter/marjerin terlebih dahulu.
6. Bakar selama 40 minit (Saya bakar 60 minit sebab suhu saya 160c).
Resepi Oleh: Zuraita Mohd Anua