Resepi Kuih Boko Ubi Kayu Tanpa Kukus

Resepi Kuih Boko Ubi Kayu Tanpa Kukus

Alhamdulillah. Menu makan petang. Dah lama tak buat Boko Ubi Kayu, makan sejuk-sejuk sedap tau. Jom intai resepi, kali nie versi tak perlu kukus.

Bahan Lapisan Bawah:

  • 4 cawan Ubi kayu yang dah siap disagat/potong nipis-nipis dan diblend – Lebih kurang 1 kg ubi kayu yang belum dibersihkan, yang dah blend tu tapis yea buang air kanji dulu sikit. Baru curah dalam kuali.
  • Gula merah 1 cawan
  • Gula putih setengah cawan
  • Kelapa parut kulit muda 1 cawan – Kalau tak nak letak pon ok jer, saya suka letak kelapa parut
  • Air 2 cawan
  • Daun pandan 2 helai

Cara Membuat:

1. Masak semua bahan di atas sampai adunan pekat likat. Api sederhana je ye, kacau sampai berubah warna merah gelap dan likat.

2. Boleh curah dalam bekas, separuh dari bekas sahaja. Tinggalkan sebahagian untuk lapisan atas. Ok siap lapisan pertama.

Bahan Untuk Lapisan Atas:

  • 2 kotak Santan
  • 4 cawan air
  • 1 sudu kecil tggi membukit garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 Helai daun pandan (simpulkan)
  • 7 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara Membuat:

4. Kacau semua bahan dalam periuk supaya tiada ketul-ketul tepung, baru buka api. Bila dah masak, api slow sampai pekat likat dan berkilat.

5. Sementara masih panas-panas bolehlah curah dalam bekas tadi untuk lapisan kedua. Akhir sekali, bolehlah sejukkan dalam peti ais. Ok siap! Selamat mencuba.

Cuba Karipap Mini Rangup Ni Juga, Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Pn Habsah Ngah