Resepi Kacang Sira Pedas Manis Rangup dan Sedap

Resepi Kacang Sira Pedas Manis Rangup dan Sedap

Saya selalu buat kacang sira pedas manis ni time raya. Bahan dia simple sangat, tak raya pun boleh je buat. Syok jugak mengunyah kacang ni sambil tengok tv.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah (goreng)
  • 1/2 kg ikan bilis (goreng)
  • Serbuk cili (ikut kepedasan yang kite nak)
  • 4 senduk gula pasir
  • 2 sudu kfc garam (tak letak pun takpe, dalam resipi asal takde, saya tambah sendiri)
  • sedikit air

Cara Membuat:

1. Masukkan serbuk cili dan sedikit air dalam kuali, jangan cair sangat. Kacau-kacau sekejap, jangan sampai hangit. Lepastu, masukkan gula pasir dan garam. Kacau lagi dan sentiasa kacau. Api kena jaga, kecik je, takut gula hangit.

2. Bila gula dah betul-betul cair, berbuih dan nampak pekat, bolehlah masukkan kacang tanah dan ikan bilis yang dah siap digoreng. Api tu kecik je tau.

3. Seterusnya, kacau rata semua bahan. Mula-mula memang susah sikit nak kacau sebab dia melekat-lekat. Kacau lama sikit sampai dia jadi betul-betul kering. Bila dah kering, bolehlah angkat dan letak dalam talam.

4. Sejukkan sekejap, jangan sejukkan bawah kipas angin, takut lemau. Bila dah betul-betul sejuk, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. Siap.

Guna Kacang Tanah Jenis Ni, Lebih Bekualiti >> KLIK DI SINI

Resepi Kacang Sira Pedas Manis Rangup dan Sedap

Resepi Oleh: Nama Saya Siti Aisyah