Petua

Ini Rahsia Ikan Bilis Rangup Bila Digoreng

ini-rahsia-ikan-bilis-rangup-bila-digoreng

Ini Rahsia Ikan Bilis Rangup Bila Digoreng

Hari ni nak masak sambal tumis ikan bilis cadangnya. Tapi baru siap kopek bilis. Hari ni nak kongsi petua ikan bilis goreng rangup.

1. Pilih ikan bilis yang berkualiti. Ikan bilis yang berwarna lebih terang atau putih, lebih sedap dan rangup serta berkualiti. Jika kita cuba patahkan, ia patah dua dan tak liat (ini lebih rapuh dan rangup bila digoreng).

2. Proses mencuci; Basuh, bilas dan tos ikan bilis. Elak rendam ikan bilis terlalu lama. Pastikan ikan bilis di tos hingga benar-benar kering sebelum digoreng. Kalau masih ada kandungan air, proses goreng jadi tak sempurna, nanti akan cepat lemau dan liat.

3. Ada juga petua, selepas di tos, percikkan dan gaul rata cuka makan dengan ikan bilis. Perap 5 minit dan baru digoreng.

4. Tunggu minyak betul-betul panas barulah menggoreng. Kawal api ya, kerana ikan bilis cepat hangus.

5. Bila dah goreng banyak tu, simpan dalam bekas kedap udara, untuk elak lemau dan dimasuki angin.

6. Waktu ambil ikan bilis goreng, elak guna sudu atau tangan yang basah. Nanti merajuk ikan bilis tu, terus lemau.

Cuba Resepi Ni:  Khasiat Pegaga Yang Perlu Anda Tahu

7. Siapa pernah bakar ikan bilis guna oven? Confirm rangup krup krap katanya! Tapi saya belum pernah cuba lagi.

Nota:

  1. Ikan bilis ni nampak sahaja kecil, tapi kaya dengan mineral, omega 3 dan vitamin seperti vitamin A,D & E.
  2. Ikan bilis yang dimakan tanpa membuang perut dan kepala (bilis yang tidak dikopek) adalah tinggi kandungan kolesterolnya.

Dapatkan Ikan Bilis Berkualiti dari Pulau Pangkor >> https://shope.ee/1VMtDXmlEn

Boleh share jika bermanfaat.

Ini Rahsia Ikan Bilis Rangup Bila Digoreng

Oleh: Najwa Hamidi