
Rempeyek Kacang Tanah Tradisional Kuih Raya Orang Jawa
Tempohari Lz bagitahu Mak nak cuba-cuba buat rempeyek sendiri lah tahun ni. Kalau ikut kebiasaannya, kami adik-beradik memang rajin tolong Mak buat rempeyek bila dekat seminggu nak raya.
Beriya lah tanya resepi dan sukatan adunan dari Mak. Mak ‘bising’ lah juga, Mak kata takyah buat sendiri nanti tak jadi.
Akhirnya malam tadi nekad nak cuba juga, Alhamdulillah kira menjadi lah ni hahaha. Letak bilis seekor-seekor barulah aummm rasanya. Rempeyek ni kena sedap bancuhan tepung dan santannya lemak masin tambah dengan bau aroma ketumbar dan jintan. Compom berhantu asyik nak mengunyah!.
Bahan-Bahan: (dapat dalam 50 keping)
- 2 cawan tepung beras
- 2 sb tepung jagung
- 2 cawan santan pekat
- Secubit garam secukupnya
- 2 cawan kacang tanah
- 1 sb jintan halus
- Ikan Bilis secukupnya
Bahan Kisar:
- 1 sb jintan halus
- 1 sb ketumbar
- 1 sb udang kering
- 3 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Basuh kacang dan tapiskan biarkan kering. Seeloknya dijemur dulu, Lz anginkan bawah kipas angin je. Blend bawang putih, udang kering, ketumbar dan jintan.
2. Masukkan tepung, santan dan garam. Letak 2 cawan santan dulu. Kemudian tengok cair pekatnya adunan. Tambahkan 1/4 cawan santan lagi. Tambah lagi santan kalau terlalu pekat. Hingga dapat ketepatan bancuhan. Akhir sekali taburkan jintan halus.
3. Ok, bahan bancuhan mestilah tak pekat dan tak terlalu cair. Panaskan 2 senduk minyak. Kita nak goreng lembab dahulu rempeyek ni. Ambil sedikit adunan dalam senduk dan letak kacang letak bilis.
4. Kemudian, mula menggoreng. Goreng hingga habis, tapi goreng separuh masak ye. Akhir sekali baru lah kita goreng rempeyek tadi sekali lagi dalam minyak yang banyak dan penuh. Bahagian yang ada kacang kita letak dibawah nak kasi kacang dan bilis masak dulu.
5. Goreng hinga garing. Ok dah siap, letak dalam bekas lapikkan kertas. Biarkan sejuk dan minyak turun. Aci dak, bilis dan kacang penuh macam ni. Selamat Mencuba!.
Resepi Oleh: Mizah Ngatiman