Resepi Puding Sagu Laici Dengan Kuah Kastad
Siapa peminat puding? Selalu buat puding sagu dengan gula merah kan, hari ni kita cuba kelainan. Kita buat puding sagu dan laici dimakan dengan kuah kastad. Rasa gabungan kemanisan buah laici dan lemak berkrim kuah kastad memang sedap.
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan sagu putih – direndam dalam air selama 10 minit & toskan
- 7 cawan air
- 1 helai daun pandan – disimpul
- 1 sudu teh sirap rose
- Beberapa titik pewarna merah
Bahan Kuah Kastad:
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air
- 1 tin laici (asingkan buah & air laici)
- 1 cawan air laici
- 1/2 cawan gula pasir
- 4 sudu besar tepung kastad
- Secubit garam
- Pewarna kuning – optional
Cara Membuatnya:
1. Didihkan air bersama dengan daun pandan. Kemudian, masukkan sagu, kacau dan masak sagu hingga bertukar jernih. Toskan sagu dan lalukan di bawah air paip untuk buang kanji.
2. Campurkan sagu dengan sirap rose serta pewarna merah. Kacau rata. Kemudian, sudukan ke dalam acuan mini dan sejukkan di dalam peti ais.
3. Sos Kastad; Satukan susu cair bersama air, air laici, gula, tepung kastad, pewarna kuning dan secubit garam. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat. Tutup api dan sejukkan di dalam peti ais.
4. Keluarkan sagu dari acuan. Letak di dalam mangkuk dan tuang sos kastad. Letak buah laici sekali. Sedia dihidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.
Guna Buah Laici Ni Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah