Snek, snek

Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Nasi

resepi-jemput-jemput-ikan-bilis-nasi

Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Nasi

Lembut dan sedap sangat gais! Banyak jugak dapat satu adunan, pengsan komerrrr nak ngabeh kan sorang, kak lina makan 10 biji welkem welkem ni tadi yang lebih masuk refrigerator nak makan panas kan dalam air-fryer je senang kan? Buat colek-colek dengan sos lingham!!

Bahan-Bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi yang dikisar halus
  • Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
  • 1/2 biji bawang Holland di potong kiub
  • Daun bawang, taugeh, kucai, cili merah (agak-agak) di potong
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar butter cairkan
  • Air sejuk – agak-agak

Caranya:

1. Satukan bawang, taugeh, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu. Selepas itu tambah tepung dan gaul lagi.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masukan butter cair. Masukan garam, serbuk kunyit dan baking powder, kacau sebati.

3. Adunan tak boleh cair nanti korang punye cucur leper ye, mesti kena pekat tak cair, sedang sedang adunannya.

4. Panaskan minyak, kemudian ceduk adunan guna jari jemari je senang nak dapat bentuk bulat-bulat, goreng Sampai garing dan angkat. Siap!

Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Nasi

Resepi Oleh: Lina Thomas