Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka Tanpa Telur
Bahan-Bahan:
- 1 paket agar-agar tali 10gram
- 5 cawan air
- 1 ketul gula melaka (jenis panjang, gula pasir memang anis tak guna dah)
- 1 kotak santan (kara) saiz kecik
- 2 helai daun pandan – dibasuh dan disimpulkan
- sedikit garam
Cara-cara:
1. Masak agar-agar dengan air hingga mendidih. Masukkan gula melaka dan sedikit garam (suku sudu kecil).
2. Masukkan daun pandan yang telah disimpul. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.
3. Masukkan santan dan Kacau tanpa henti sehingga menggelegak. Tutup api dan tapiskan ke dalam loyang, kemudian sejukkan di dalam peti ais.
4. Bila beku baru boleh dipotong. Sekejap je clear makan ni, sebab sedap. Selamat mencuba ghais.

Resepi Oleh: Anyss Mohd Auranyss