Puding Karamel Telur Sedap Tiada Bau Hanyir Telur
Salam semua, ada peminat puding karamel telur kat sini? Memang tak bau telur langsung. Tak perlu buang tali pusat telur tu, asalkan guna telur yang fresh. Boleh buat berniaga yang mana terkesan dengan ekonomi sekarang ni. Saya halalkan, saya share resepi kat sini ye.
Boleh Dapat +- 42 bekas 4oz
Bahan Adunan Puding:
- 18 biji telur gred B@C
- Susu pekat 1 tin
- Susu cair 3 tin
- Sunquick 2 sudu kecil
- Esen vanila 3 penutup
- Air biasa 700ml (letak air dalam tin-tin susu, kocak baki susu baru sukat air tu jd 700ml) – Campur dalam adunan, untuk elak membazir baki-baki susu. Kalau tak nak buat pun takpe, sukat je air jadi 700ml.
Bahan Karamel:
- 1 kg gula – Cairkan. Bila dah golden brown, campur air panas 600ml. Hati-hati panas ya, karamel ni jangan guna semua. Letak 1-2 sudu makan je setiap bekas, kang manis sangat. Akan ada baki nanti, simpan je peti ais.
Cara Membuat:
1. Semua bahan-bahan puding masukkan dalam 1 bekas besar. Telur saya blend sahaja sekejap agak-agak hancur semua dan tapis (guna tapis besi tu dia jarang sikit) ke dalam adunan.
2. Lepas dah kacau sebati semua, guna penapis paling halus untuk tapis lagi sekali dan masukkan ke dalam jug untuk senang nak tuang dalam bekas plastik nanti.
3. Tuang adunan puding dalam bekas yang dah diisi gula karamel tadi. Tutup bekas dengan penutup, letak sahaja jangan tutup rapat. Kukus dengan api sederhana kecil dalam masa 15 minit. Cek kalau belum masak, tambah lagi 3-5 minit. Kalau guna kukus elektrik noxxa, kukus selama 18-20 minit. Siap.
Guna Bekas Puding Jenis Plastik Macam Ni, Senang Nak Kukus >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Cik Markonah