Kuih Muih, Tips

Rahsia Kulit Karipap Frozen Kekal Rangup 8 Jam

rahsia-kulit-karipap-frozen-kekal-rangup-8-jam

Rahsia Kulit Karipap Frozen Kekal Rangup 8 Jam

Resepi ni sebenarnya resepi jualan karipap Mama Kak King lebih 15 tahun dah. Walaupun dah tak meniaga, tapi tempahan karipap ni still orang minta.

Ramai customer puji kulit karipap ni walaupun goreng pagi, sampai ke petang still rangup kulit dia. Kalau dorang buat majlis, ramai yang puji sedap. Inti penuh, kulit rangup. Kredit untuk Ayah Kking tukang uli kulit karipap ni.

Cara-cara, jenama bahan ada Kking sediakan. Pastikan korang guna jemana yang disarankan ye. Moga jadi manfaat untuk korang. Kot-kot boleh jadikan jualan ke. Jadi sumber pendapatan.

Bila Mama Ayah buat, wajib la buat frozen untuk sendiri makan. Pernah try buat experiment simpan sampai 1 tahun, still elok walaupun tanpa pengawet. 10 ketul untuk anak-anak ni sekali hadap je.

Moga jadi asbab pahala untuk Mama Ayah Kking dan moga bermanfaat untuk korang share.

Bahan-Bahan Inti:

  • 10-12 biji kentang
  • 3 biji bawang besar
  • Segenggam ikan bilis
  • 3 paket kecik rempah karing ayam/daging
  • 3 tangkai daun sup

Cara Buat Inti:

1. Ikan bilis yang telah dibasuh, blend kan dengan bawang besar. Tumiskan bahan-bahan ni sampai naik bau. Boleh juga nak bubuh udang kering sikit. Ikut selera korang lah.

2. Lepas tumisan dah wangi dan naik bau, masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sampai pecah minyak. Boleh tambah sedikit serbuk cili kalau korang nak pedas.

3. Setelah pecah minyak, masukkan air dan kentang. Masak hingga pekat lalu masukkan daun sup. Teruskan masak inti hingga kering.

4. Angkat inti dan masukkan dalam mangkuk lalu ketepikan untuk inti sejuk. Seterusnya ready untuk penyediaan kulit karipap pulak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Putu Bihun

Bahan-Bahan Kulit Karipap:

  • 1 kg tepung cap kunci
  • 330gram marjerin cap bunga mas.
  • 3 sudu minyak masak.

Ikut pengalaman selama lebih 15 tahun berniaga, 2 jenama tepung dan marjerin ni yang buat kulit karipap rangup. Pernah tukar brand lain, memang terus kulit karipap jadi lembik.

Cara Membuat Kulit Karipap:

1. Panaskan 3 sudu minyak lalu cairkan marjerin dalam minyak. Setelah marjerin cair, curahkan atas tepung. Teknik uli tepung kulit karipap. Golek-golek kecik dalam bekas dengan tangan. Jangan terus uli sederap tepung. Lepas golek-golek, tepung dah makin bergumpal, tambah air suam sikit-sikit sampai boleh bentuk doh.

2. Lepas dah jadi doh besar, kepalkan jadi bulat-bulat kecik. dan gelek dengan penggelek sampai leper. Letakkan doh atas acuan karipap dan bubuh inti. Sapu sedikit air sebelum menekap acuan supa tak terbuka waktu menggoreng. Siap! Bancuhan ni dapat lebih kurang 100 biji karipap.

Rahsia Kulit Karipap Frozen Kekal Rangup 8 Jam

Resepi Oleh: Haniza Hamzah