Resipi Caramel Cornflakes Viral Lima Bahan
Resipi ni bukan resepi PJJ mana-mana ye. Resepi caramel ni saya sendiri yang olah dan saya rujuk kepada resepi Anna Olson dan beberapa chef Mat Salleh. Saya tak pernah join mana-mana PJJ untuk caramel cornflakes ni dan tak pernah dapat resepi ni dari sesiapa pun. Saya google sendiri beberapa resepi dan method untuk dapatkan caramel yang mudah dan sedap. Jadi, mohon sangat jangan sesekali kata saya share resepi PJJ atau orang lain ye. Saya dengan rela hati nak share untuk semua. Moga beri manfaat untuk semua.
Benda viral ni cepat je kita pun nak mencuba kan?. Lepas tu mesti gigih mencari resepi sampai berpuluh-puluh jenis resepi kita save. Sudahnya tak buat jugek. Ok, hari ni kita buat caramel cornflakes yang tengah viral kat tiktok tu. Ada yang berahsia tak nak share resepi. Ada yang sedekahkan resepi. Masing-masing ada hak nak share ke tidak. Kalau dah orang tak nak share, tak perlulah cakap bebukan. Dah dia rasa tak nak share, ikut suka dia. Raikan aja. Tapi saya suka je nak share. Moga ada pahala yang mengalir dan moga ada yang doakan saya di murahkan rezeki sentiasa.
Resepi ni nak buat niaga pun boleh. Kiralah bebetul kos tu ye. Jangan sebab kita nak kejar sangat jual harga murah, kita tak ada untung. Karang dapat penat aja.
Mari Sediakan Bahan-Bahan:
- 550g – Gula
- 180g – Butter
- 200ml – Whipping cream
- 5g/1tsp – Garam
- 1kg – Cornflakes
Cara Membuat:
1. Ok, mula-mula masukkan gula dalam kuali atau periuk. Ikut suka deme lah nak guna apa. Make sure api perlahan ye. Biarkan aja macam tu. Tak payah susah payah nak kacau sentiasa. Karang tak sedor bahu jadi sado sebelah. Ada orang cakap kena kacau sentiasa kan. Tapi saya dah study beberapa cara buat ni tengok dari chef-chef mat salleh. Jadi saya prefer cara ni. Biarkan aja sampai dia mencair sendiri perlahan-lahan.
2. Ok, bila gula bahagian bawah dah mula mencair, masa ni kita kacau dia yang bawah bawak pergi ke atas. Kiranya macam kita kambus dia. Paham ke tak ni?. Kambus-kambus je dia. Yang tepi dah cair tu bawak naik ke atas, biar yang tak cair lagi lepas ke bawah pulak. Kambus-kambus je. Bila dah nampak hampir mencair semua, masa ni barulah kita kacau kerap sikit, sampailah elok mencair semuanya
3. Bila dah cair elok, kita masukkan butter. Masa ni hati-hati ye sebab dia akan berbuih-buih dan merecik. Jaga tangan tu karang melecur pulak. Masa ni perlahankan lagi api. Betul-betul paling slow. Kacau aja sampai semua butter mencair elok dan sebati.
4. Seterusnya, dah boleh masukkan whipping cream. Masukkan sikit-sikit. Sama jugak dia akan berbuih-buih. Masa masukkan tu kacau jangan berhenti. Kacau sampailah habis semua whipping cream tu. Sampai semua betul-betul sebati. Dah sebati semua, masukkan garam dan kacaulah lagi sampai betul-betul sebati.
5. Kacau lagi sampai rasa semua dah cantik elok sebati dan semakin memekat. Boleh tutup api. Lepas dah tutup api, kacau aja lagi sampai caramel makin memekat. Kacau lebih kurang 5 minit. Rehatkan kejap dalam 5 minit lepas tu dah boleh tuang dekat cornflakes.
6. Haa, sediakan 1 kg cornflakes dalam bowl besar. Kalau nak buat sikit, pandai-pandailah bahagikan bahan tu ye. Tuang aja semua caramel tadi dalam bowl ni. Kacaulah sebati. Sejukkan sebelum kita masukkan dalam balang. Siap! Selamat mencuba. Texture dia memang macam ni ye. Basah melekit tapi serious sedap tak tipu.
Jom Cuba Biskut Crunchy Cornflakes Homemade Ni, Memang Rangup >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Wan N Wan M


