Ikan, Makanan Laut, Masakan Thai

Resepi Ikan Siakap Masak Sos Thai

resepi-ikan-siakap-masak-sos-thai

Resepi Ikan Siakap Masak Sos Thai

Tumpang lalu. Nah “Ikan Siakap Sos Thai”. Sempoi sangat. Bahan pun simple dan mudah je. Hanya susah bila banyak cipta asalan! Eh, alasan. Moga bermanfaat buat anak tekak kita.

Sebelum itu, macam biasa, bedakkan ikan siakap dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Panaskan minyak, goreng garing. Angkat dan ketepikan dulu.

Bahan Menumis:

  • 1 biji bawang holand, jika besar guna sebelah je.
  • 6 ulas bawang putih.
  • 1 batang serai.
  • 1 biji cili besar.
  • 5 @ 10 biji cili padi.
  • 5 helai daun limau purut.
  • 2 batang akar ketumbar.

(Semua bahan dihiris nipis)

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 2 inci belacan.
  • Sedikit gula kabung atau gula biasa.
  • 1 biji limau kasturi.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dicincang tadi. Kacau hingga layu di tasik madu. Letak 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati. Masuk belacan. Masa ni harum semerbak.

2. Letak sos cili, sos tiram, dan sos ikan sekali jalan. Benda boleh mudah buat apa nak susahkan. Masuk gula. Gula apa pun takpa. Kacau sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Lemak Ikan Kembung

3. Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Tak dosa pun. Kacau dan kacau sampai mesra. Semesra kasihku padamu. Tabur daun ketum. Eh, ketumbar. Ha siap!, boleh tuangkan atas ikan siakap tadi.

Resepi Ikan Siakap Masak Sos Thai

Resepi Oleh: Liza Idris