Resipi Thai Omelette Macam Dekat Restoren Thai

Resipi Thai Omelette Macam Dekat Restoren Thai

Pernah tertanya-tanya kenapa telur dadar di restoran Thai nampak sangat berbeza dengan telur dadar yang kita buat di rumah? Ia bukan sekadar telur, tetapi satu “awan emas” yang sangat garing di luar, gebu di dalam, dan mempunyai tekstur berenda yang sangat memikat!

Hari ini, saya akan bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh hasilkan Khai Jiao yang sempurna di dapur sendiri.

Apa Rahsia “Garing & Gebu” Itu?

Restoran Thai tidak hanya memecahkan telur dan goreng begitu sahaja. Ada beberapa “teknik rahsia” yang mereka gunakan:

  • Minyak Yang Banyak & Betul-Betul Panas: Ini bukan masakan sihat, ini masakan sedap! Telur perlu “dijunamkan” ke dalam minyak yang banyak (deep fry) dan sangat panas supaya ia mengembang serta-merta.
  • Teknik Tuang Tinggi: Semasa menuang adunan telur ke dalam kuali, tuang dari kedudukan yang tinggi. Teknik ini membantu memerangkap udara dan menghasilkan kesan “berenda” atau kerupuk di tepian telur.

Mari kita cuba buat thai omelette yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar ni.

Bahan-Bahan:

  • 3 biji telur A
  • 7 ekor udang cuci bersih
  • Segenggam daun thai basil *
  • Daun bawang *
  • Cili padi Hijau *
  • Cili padi merah *
  • Bawang rose hiris (Bawang lain tak mau)
  • Sos ikan brand Tiparos
  • Garam (saya tak letak)
  • Serbuk perasa 2 jenis (makesure pakai yang ade brand)
  • Gula perang jangan gula putih

Cara Membuat:

1. Hiris semua bahan bertanda (*), masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati.

2. Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette. Dah siap, dressingkan dengan taugeh.

Makan dengan Sos Prik Nam Pla

Jangan letak sos ikan dan cili sahaja. Wajib buat sungguh-sungguh guna limau asli bukan limau botol. Gula kelapa siam jangan guna gula putih. Last sekali dressing daun ketumbar dan serbuk lada putih. Resepi asal Dania Niase Restaurant.

Cara Buat Sos Prik Nam Pla:

  1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing.
  2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang).
  3. Sedikit sos golden mountain.
  4. Perah asam limau.
  5. Gula thai/gula somtam satu sudu, kacau-kacau, SIAP!.

Nota Resepi Bonda:

Jangan kedekut minyak! Pastikan minyak memenuhi sekurang-kurangnya 1/3 kuali. Apabila telur mula berwarna coklat keemasan dan nampak garing, angkat segera dan sejatkan minyaknya. Hasilnya? Telur dadar yang sangat crispy dan tidak berminyak di dalam.

Kena Guna Gula Thai Macam Ni Baru Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Thai Omelette Macam Dekat Restoren Thai

Resipi Oleh: Rozmaliza Omar