
Cara Mudah Buat Kuih Kaswi Pandan
Alhamdulillah siap kuih kaswi pandan untuk hidangan petang ni.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan santan pekat atau santan kotak
- 1 cawan air daun pandan (6 helai daun pandan diracik, diblend bersama 1 cawan air dan ditapis)
- 4 cawan air
- 1 1/4 cawan gula pasir
- 1/4 sudu teh kapur makan
- 1/2 sudu teh pati coconut pandan
- 1/2 sudu teh pewarna hijau
- Kelapa parut putih
- Garam halus
- Minyak masak untuk sapu pada loyang
- Loyang atau container plastik
Nota: Saya guna cawan kecil dan container plastik ukuran 7” x 7”
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata atau sebati dan ditapis. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak masak.
2. Sediakan pengukus dan bila air telah mendidih barulah masukkan loyang dan kukus lah selama 40 minit.
3. Penutup pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis ke atas kuih. Setiap 10 minit angkatkan penutup dan buangkan wap air.
4. Bila kuih telah masak angkat penutup pengukus dan biarkan api selama 5 minit lagi supaya lebihan air di permukaan kuih kering.
5. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dan digaul dengan kelapa parut putih, seterusnya dihidangkan.
Nota: Kukus kelapa parut putih selama 5 minit supaya kelapa tahan lama dan tidak basi, baru digaulkan dengan garam halus.
Resepi Oleh: Fauziah Ali