
Resepi Sos Cili Thai Homemade
Bahan-Bahan:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
jus 1 biji limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung+ 2 sudu besar air
Cara Membuat:
1. Blendkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air.
2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan,garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
3. Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
4. Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara atau boleh terus dimakan bersama keropok lekor atau makanan kegemaran anda.
Resepi Oleh: Imah Rahman – Masak Apa Hari Ni