Resipi Tom Yum Gong Kuah Pekat Sedap
First time buat tom yum guna resepi maid thai sorang ni, memang menjadi! Kuah dia kaw! Pekat, pedas dan sedap! Aroma dia cukup serba serbi macam original tom yum. Ramai minta resepi, jadi saya share kat sini. Resepi ni mudah nak ikut dan confirm sedap sebab pakai sukatan. Selamat Mencuba!
Bahan A:
- Air 1 liter setengah
- Serai 3 batang saiz besar (hiris tebal-tebal sahaja)
- Lengkuas (besar ibu jari kaki 3 ketul hiris)
- Daun limau purut 6/7 helai
- Cili Padi Hijau (15-20 biji ketuk) ikut kepedasan
- Akar Daun Ketumbar (3/4 batang)
Langkah 1: Panaskan air dalam kuali, masuk semua bahan ni dan tunggu dia mendidih pertama kali.
Bahan B:
- Tom Yum Paste maepranom brand 3 sudu besar
- Chili Paste maepranom brand 2 sudu besar
- Sos Sotong 3 sudu besar
- Air Limau 1 senduk besar (nak lebih masam boleh tambah)
- Gula satu sudu kecil
- Garam (kalau perlu 1 sudu kecil)
- Ajinamoto (kalau nak 1 sudu kecik)
Langkah 2: Bila air tadi dah mendidih, masuk semua bahan paste dan kacau sekata. Tunggu bagi mendidih lagi sekali.
Bahan C:
- Tomato
- Carrot
- Anak jagung
- Pelbagai jenis cendawan
- Udang (hanya buang kepala)
Nota: Bahan c ikut selera masing-masing, nak letak bahan sayur banyak pun boleh atau nak letak udang sahaja pun boleh.
Langkah 3: Bila air tom yum dengan bahan paste dah mendidih dan cukup rasa pedas, masam manisnya, baru masukkan semua sayur. Last sekali baru letak udang dan tutup api sebab nak bagi udang tu still fresh dan lembut. Akhir sekali masukkan segenggam daun ketumbar yang dah dihirs. Siap!
Guna Pes Tom Yum Macam Ni Baru Rasa Macam Tom Yum Thai >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: ILa Shahmila


