Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Siakap Steam Masam Manis Nenas

resepi-ikan-siakap-steam-masam-manis-nenas

Resepi Ikan Siakap Steam Masam Manis Nenas

Siakap sekor lima henget dekat tesco Taiping jadi beli dua. Lama tak makan. Nenas sebelah sebab jiran depan rumah yang bagi.

Bahan-Bahan:

  • Ikan siakap 2 ekor
  • Nenas sebelah atau sebiji
  • Limau nipis dalam 4 biji belah 2
  • Serai 2 batang ketuk
  • Cili padi ikut kepedasan yang korang nak
  • Halia
  • Daun limau purut
  • Bawang putih 3 biji
  • Bawang besar sebiji (klu bawang Holland lagi sedap)
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Garam separuh sudu besar

Cara Memasak:

1. Panaskan pengukus dahulu. Kemudian ambil ikan siakap gaul dengan garam dan sos tiram.

2. Potong nenas susun keliling ikan. Kemudian masukkan semua bahan kecuali limau nipis tu.

3. Jangan malas sangat k. Perah air dia dan buang biji. Kukus sehingga ikan masak. Tak yah lama-lama kang kecut ikan.

Tadaaa! Siap angkat hidang dengan telur dadar nasi putih panas. Pergh confirm menambah weh. Yummy.

Resepi Ikan Siakap Steam Masam Manis Nenas

Resepi Oleh: Nani Habib