
Resepi Kuih Nona Manis Kacang Merah
Peminat kacang merah, ni haaa ade nona manis kacang merah. Betul-betul menggugat orang yang tengah berdiet. Kat kedai tak ade ye, yang berminat nak try nona manis. Resepi ada dibawah ye, rugi tak Cuba. Tentunya airtangan ibu buat family ku Syurgaku.
Bahan A:
- 1/2 cwn gula
- 1 cwn tepung gandum + 4 sudu besar tepung gandum
- 1 cwn santan
- 1 biji telur
- 1 tin kacang merah – blender dengan 1 cawan air
Bahan B:
- 1/2 cwn santan
- 1/2 cwn air
- Sedikit pewarna pink
- 1/4 cwn tepung jagung
Bahan C:
- 1 cwn santan
- 1 tbsp tepung gandum
- 1/2 tspn garam
Cara Membuat:
1. Pukul telur dengan gula hingga sedikit kembang. Masukkan tepung berselang-seli dengan santan. Blend semua bahan A dan ketepikan sebentar.
2. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk, dan masak hingga berkilat. Kemudian, satukan bahan A ke dalam bahan B. Kacau rata.
3. Dalam periuk lain, satukan kesemua bahan C dan masak hingga pekat. Ambil acuan lompang dan sapukan dengan minyak. Paipkan adunan hijau 3/4 bekas. Ulang hingga habis.
4. Paipkan pula adunan putih di tengah-tengah supaya menjadi bulat. Kukus selama 15 minit. Pastikan kuih sejuk dahulu, kemudian keluarkan kuih dari acuan. Sedia dihidang.
Resepi Oleh: Suzi Yanti Md Hane