Ikan, Kari, Makanan Laut

Resepi Gulai Kepala Ikan Jenahak Halba Campur

resepi-gulai-kepala-ikan-jenahak-halba-campur

Resepi Gulai Kepala Ikan Jenahak Halba Campur

Kari ikan, guna 3 sekawan atau halba campur?. Mertua saya orang Johor. Masak kari ikan letak 3 sekawan. Sedap juga rasanya. Saya tambah juga 3 kali. Saya orang Kedah, masak kari ikan guna halba campoq. Rempah kari cap O tak boleh tinggai. Ya Allah tak sama langsung masak kari ikan guna rempah lain.

Rindu kari ikan mak. Oh, kami tak panggil kari. Kami panggil gulai dan lidah saya macam lidah orang tua saya la, kalau masak gulai ikan kena masam lebih sikit.

Bahan-Bahan:

  • Santan kotak 100 ml (separuh kotak kecil)
  • Asam jawa Adabi 1 sudu kecil penuh
  • Air suam 3 cawan (kalau suka cair boleh lebihkan)
  • 1 kepala ikan jenahak dibelah dua
  • 2 ketul isi ikan jenahak
  • 1 biji tomato saiz sederhana dibelah 4
  • 7 batang bendi
  • Garam -ikut masin yang anda suka
  • Secukup Rasa (kalau nak guna)

Bahan Tumis:

  • 10 ulas bawang merah (rose/kecil) – hiris nipis
  • 5 ulang bawang putih – hiris nipis
  • 2 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar rempah kari cap O
  • 5 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, halba campur, daun kari. Agak wangi semerbak tu, masukkan rempah. Agak rempah mula bau garing (JANGAN HANGIT) masukkan air sedikit demi sedikit sambil menumis. Tumis bahan tumis sampai pecah minyak.

2. Bila dah pecah minyak rempah kita (dalam 10-15 minit), masukkan asam jawa dan air. Masukkan santan. Masukkan kepala ikan. Mendidih je masukkan isi ikan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Udang Galah Pati Asam

3. Santan ni ada orang suka masuk separuh waktu sebelum masukkan ikan. Separuh lagi selepas masukkan ikan. Ikut preference ya. Saya suka masuk lepas ikan.

4. Agak dah masak ikan, kuah gulai pun dah pecah minyak elok, masukkan bendi dan tomato. Perasakan gulai mengikut selera anda.

5. Step nak letak garam dan perasa ni saya suka letak last sekali. Ikut lah ya. Ada yang suka letak waktu masukkan ikan. Dah lembut bendi dan tomato macam yang anda suka, tutup api!.

SIAP! Hidang panas-panas. Makan dengan sambal belacan. Fuhh!.

Resepi Gulai Kepala Ikan Jenahak Halba Campur

Resepi Oleh: Nurul Syahirah