Ikan, Kari

Resepi Mudah Kari Ikan Pelaling

resepi-mudah-kari-ikan-pelaling

Resepi Mudah Kari Ikan Pelaling

Bahan-Bahan:

  • 10 ekor ikan pelaling⁣
  • 1 cawan minyak masak ⁣
  • 5 biji bawang kecil ⁣
  • 3 ulas bawang putih ⁣
  • 3 tangkai daun kari ⁣
  • 1 sudu besar halba campur ⁣
  • 2 paket Rempah Kari Ikan
  • 1 kotak kecil santan ⁣
  • 1 sudu besar pes asam jawa⁣
  • 3 cawan air ⁣
  • bendi secukupnya ⁣
  • 1 biji tomato ⁣
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Hiris halus bawang dan bawang putih. Panaskan minyak, tumis bawang bawang, daun kari dan halba campur sampai naik bau dan keperangan.

2. Dalam mangkuk, masukkan serbuk kari ikan, 1/2 kotak santan dan asam jawa. Kacau rata. Tambah 1/2 cawan air dan kacau sebati sampai jadi pes.

3. Masukkan pes tadi dalam tumisan bawang. Kacau sampai pecah minyak. Masukkan 2 cawan air dan kacau lagi sampai pecah minyak.

4. Masukkan baki santan, bilas kotak santan dengan 1/2 cawan air dan masukkan sekali. Kacau. Perasakan garam dan gula. Kacau sampai mendidih. Jangan tinggal, nanti pecah santan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Lemak Ikan Kembung

5. Bila dah mendidih, masukkan bendi, tomato dan ikan. Kacau perlahan sehingga semua masak sekata. Tutup api. Siap.

Resepi Mudah Kari Ikan Pelaling

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo⁣