Ayam

Cara Masak Rendang Ayam Hancur

cara-masak-rendang-ayam-hancur

Cara Masak Rendang Ayam Hancur

Tengok ada orang cakap rendang ayam hancur tu tak jadi. Bagi saya, saya suka hancur macam ni, sedap sangat makan dengan ketupat dan lemang. Saya tak berapa suka rendang ayam jenis berketul dan keras. Tak best… Bagi saya laa, lain orang lain citarasa. Resepi untuk 1 ekor ayam.

Bahan Kisar:

  • Bawang besar 3-4 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili hidup merah + hijau 5 tangkai (ni rahsia saya)
  • Lengkuas, halia, kunyit hidup 1 inci
  • Serai 2 batang diracik
  • Buah keras 2 biji

Bahan Lain:

  • Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
  • Cili kisar 2 senduk
  • Serbuk kari ayam (saya orang kedah, rempah o berpisah tiada) – Sebarang jenama pun boleh ikut selera masing-masing
  • Kerisik segar 3 packet kecil atau 300gram
  • Santan segar 1 cawan
  • Gula kabong/nisan (rahsia saya) 😁
  • Garam, serbuk hilal (perasa)
  • Daun kayangan (daun kunyit) diracik haluss
  • Daun pandan

Cara Memasak:

1. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan masuk bahan kisar, tumis sampai bau wangi. Wajib garing dan naik bau wangi.

2. Lepas tu baru masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak bebetul. Slowkan api.

3. Lepas tu masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak jer sampai dia memekat. Api kena SLOW.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Ayam dan Sambal Geprek

4. Masak rendang kena sabaq. Masuk garam, gula kabong, serbuk perasa. Ayam tu dekat isi akan auto hancur. Bahagian bertulang dia maintain je cantik.

5. Bila dah dapat tekstur pekat tu, boleh off api dan tabur daun kunyit. Nak letak daun limau pun boleh tapi saya tak letak.

Serius sedap ditekak bagi yang suka versi hancur. Lengkap ada rasa manis, pedas, masin dan lemak dari gula kabong. Hancur di sini bukan hancur lebur yaa, hancur-hancur manja gitu. Bolehlah buat dan berbagi dengan jiran secara take away, PKP kan?. Selamat mencuba!.

Nota: Kalau tak suka hancur boleh goreng separa masak dulu ayam tu.

Cara Masak Rendang Ayam Hancur

Resepi Oleh: Fatyn Zamry