Sambal Belacan Sedap Dan Tahan Lama

Sambal Belacan Sedap Dan Tahan Lama

Sape sini yang sekapal dengan As? Tak bole makan kalau takde rasa pedas. Tastebuds tu memang melayu sangat. Hehehe.

Jadinya, wajib ada sambal dalam peti ais. Sambal belacan paling penting. Dari sambal belacan ni, boleh diolah menjadi nasi goreng kampung dan sambal telur pecah.

Tapi, camne nak pastikan sambal belacan tahan lama dan tak berubah rasanya? Meh As sharekan cara As buat sambal belacan.

Bahan-Bahan:

  • Segenggam cili padi hijo dan merah – lebihkan cili padi merah kalau nak lebih pedas
  • 6-10 biji limau – buang biji.
  • Air asam jawa – bancuh dengan air suam.
  • 1 inci belacan – Bakar sikit untuk naikkan bau dan rasanya.
  • Gula
  • Garam
  • Secukup rasa

Cara Membuat:

1. Masukkan dalam blender cili padi, air asam jawa, limau dan belacan. Air asam jawa masukkan sikit demi sikit.

2. Panaskan sikit minyak. Masukkan bahan yang diblend dalam kuali. Renehkan 10-15 minit. Biarkan airnya sikit kering.

3. Perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa. Sejukkan sepenuhnya sebelum dituang dalam botol. Siap.

InsyaALLAH, sambal ni boleh tahan hingga sebulan jika disimpan dalam peti ais. Moga resepinya bermanfaat untuk uolls.

Sambal Belacan Sedap Dan Tahan Lama

Resepi Oleh: Asrinna Bakri