
Kari Kepala Ikan Setanding Kedai Mamak
Salam brotherhood SMAHI yg dihormati, jom Belajar Masak Kari Kepala Ikan alaa Kedai Mamak.
Bahan-Bahan: 4~6 orang makan
- 1 biji Bawang Merah (dihiris nipis)
- 5ulas Bawang Putih (ditumbuk dengan lesung)
- 1 inci Halia (ditumbuk dengan lesung)
- 1 biji Tomato (hiris kasar)
- 1/2 sudu besar Halba Campur
- 2 tangkai Daun Kari
- 3 sudu Besar Rempah Kari ikan – brand ape-ape pun tak kesah
- 1 sudu besar Serbuk Cili
- 1 ekor Kepala Ikan Saiz Besar
- sedikit Air Asam Jawa
- 1 sudu besar Secukup Rasa
- Garam *secukupnya
- 2 sudu besar Kicap Lemak Manis
- 1 kotak kecil Santan – 200ml
- Sayuran (1 biji Tomato, 2 biji Terung Bulat, 5 tangkai Cili Besar, Bendi)
- daun ketumbar
Cara Memasak:
1. Mula-mula kite akan panaskan minyak, kemudian kite akan tumis bawang merah sehingga layu. Lepas tu masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk, daun kari dan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian boleh masukkan halba campur dan tomato. Tumis sehingga tomato layu, kemudian masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili. Tumis sehingga sebati dan pecah minyak.
3. Seterusnya, masukkan sedikit air dan tumis sekali lagi sehingga pecah minyak. Kemudian boleh masukkan air asam jawa, secukup rasa, dan sedikit garam.
4. Kacau sebati dan boleh masukkan kepala ikan dan tambah sedikit air sebagai kuah (kuantiti kuah tu sukat ikut cita rasa masing-masing). Biarkan sehingga kepala ikan masak.
5. Kemudian boleh masukkan sayuran (terung, cili, tomato, dan bendi). Kacau sehingga sayur masak, baru boleh masukkan kicap dan santan. Kacau sebati sehingga mendidih.
6. Kemudian, boleh rasa kuah kite, jika kurang garam boleh tambah. Jika sudah sempurna, maka Kari Kepala Ikan Kite telah pun siap. Selamat mencuba gaiss.
Resepi Oleh: Ahmad Ilmi Ghazali