
Resepi dan Tips Buat Taiwanese Castella Cake
Ajomm lerrr kita membaking cake menggunakan 6 bahan sahaja, Taiwanese Castella Cake yang viral di youtube.
Resepinya mudah sahaja namun memerlukan sedikit skill untuk membuat maringue. Dibakar secara ‘bain marie’ (benda apa lah pulop ni), ternyata hasilnyerr sangat laaa mengujakan. Kek yang sangat lembut dan flawless. Tak sabar nak ngapp time bukak puasa nanti, abam sharekan sedikit tips untuk dapatkan kek yang mabeles ni.
Bahan-Bahan:
- 100g unsalted batter (abam pakai salted butter jer sebab unsalted butter tak jumpa cari)
- 100g fresh milk (abam pakai jenama dutch lady full cream milk)
- 100g tepung kek (abam pakai tepung blue key self rising flour)
- 6 biji telur (gred b) – asingkan putih dan kuning telur
- 100g gula halus
- 1 sb esen vanilla
Cara Membuat
1. Panaskan butter dan susu, masak di atas api yang kecil, tak perlu smpai mendidih, just untuk cairkan butter dengan susu tu sahaja. Boleh trus tuang ke dalam tepung kek ketika masih suam. Kacau sehingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sehingga habis. Masukkan esen vanilla.
2. Dengan menggunakan mixer, putar putih telur pada kelajuan sederhana sehingga sedikit berbuih. Kemudian, baru masukkan gula halus. Putar pada kelajuan yang laju sehingga maringue terbentuk (nak tau maringue dah jadi ke tak, bila kita angkat whisk, ada terbentuk ‘peak’ org kata kalau terbalikkan bowl mixer tu, adunan maringue tak jatuh).
3. Masukkan adunan tepung ke dalam maringue. Hanya kacau-kacau manja sahaja menggunakan spatula, tak perlu pakai mixer. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
4. Masak kek menggunakan ‘bain marie’ atau water bath (tuangkan air panas ke dalam bekas pelapik di bawah loyang). Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 1 jam atau sehingga kek masak. Siap!.
Tips Untuk Daptkan Kek Yang Gebu:
- Pastikan telur berada pada suhu bilik. Sekiranya telur disimpan di dalam peti sejuk, keluarkan telur terlebih dahulu.
- Apabila asingkan telur, pastikan tiada sedikit pun kuning telur bercampur dengan putih telur. Jika tidak maringue tidak akan menjadi.
- Pastikan peralatan untuk membuat maringue berada dalam keadaan yang kering, bebas daripada air dan grease.
- Jangan ‘over-beat’ maringue yer.
- Potong kek dengan menggunakan pisau yang tajam untuk dapatkan potongan kek yang cantik. Kalau pisau tumpul potongan kek akan menjadi menggerutu kerana teksturnya yang lembut/spongy.
Sekian tips panjang lebar daripada abam untuk resepi kek hari ni. Semoga bermanfaat & selamat mencuba guys!.
Resepi Ole: Khairul Hasrol