Mee, Sup

Resepi Bakso Simple Bebola Daging Buat Sendiri

resepi-bakso-simple-bebola-daging-buat-sendiri

Resepi Bakso Simple Bebola Daging Buat Sendiri

Ada peminat bakso tak? Menu saya masak kemarin, saja masak ubah selera.

Bahan-Bahan Sup:

  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 2 sdb lada hitam

Semua bahan diatas kisar halus

Cara Membuat:

1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi, kacau-kacau sekejap. Kemudian masukkan air, serta masukkan seketul pati kiub ayam, dan sedikit garam.

2. Bila kuah dah menidih, masukkan meatball dan reneh sampai meatball masak. Ok siap.

Bahan Buat Bebola Daging Bakso:

  • 250grm daging kisar
  • 3 sdb tepung ubi
  • 1 sdb garlic in olive oil
  • 1/2 sdb lada putih
  • 1 bji putih telur
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

Kisar semua bahan sampai halus, kemudian masukkan ke dalam bekas dan uli. Kemudian bentukkan bulat-bulat. Pastu masukkan ke dalam Sup Bakso. Kalau nak cepat beli yang dah siap, balik terus masak saja.

Bahan Untuk Cili Merah Pedas Berapi:

  • 20 tangkai cili padi merah
  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit garam
Cuba Resepi Ni:  Resepi Maggi Hailam Lebih Sedap Dari Biasa

Kisar mentah semua bahan ni, kemudian tuang ke dalam mangkuk.

Bahan Rampai Untuk Hiasan: Daun sup, taugei dan bawang goreng.

Sos Tambahan Penyedap Bakso: Sos cili, sos tomato dan kicap manis kipas udang.

Time nak makan tuang semua kicap dan sos ni, sesuaikan rasa dan jangan lupa letak cili pedas berapi. Yang ni membuatkan bakso sedap giler, masam manis pedas. Cara sayalah seperti di gambar.

Resepi Bakso Simple Bebola Daging Buat Sendiri

Resepi Oleh: Qasih Jue Aisya