Resepi Swedish Meatballs ala IKEA

Abang Danish kongsikan di sini resepi dan cara bagaimana Abang sediakan Meatballs dan Gravy ala-ala IKEA ni. Resepi Abang Danish google dan ubah ikut selera. Ringkas dan sangat mudah disediakan. Auntie-Auntie yang dekat IG Abang yang dah cuba kata gravy ni memang sedap dan mereka dah tak nak guna resepi lain selepas cuba resepi ini. Gravy ini juga sedap dimakan dengan Chicken Chop, just tambah je hirisan mushroom masa membuatnya. Cubalah, mana tau kena dengan selera anda juga. So apa lagi, cepat beli meatball.

Resepi Swedish Meatballs ala IKEA

Bahanya:

Meatballs secukupnya (Abang guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake didalam oven.
2 sudubesar butter
2 sudubesar tepung gandum
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan fresh milk
1 cawan air
3 sudubesar sos tomato
3 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap manis
2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
1 kiub pati daging
1 kiub pati ayam
1 sudubesar gula

Caranya:

1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.

2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.

3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.

4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan!.

Tips: Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Danish Harraz yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau.