Kek

Chocolate Tuxedo Cake Tak Perlu Guna Oven

chocolate-tuxedo-cake-tak-perlu-guna-oven

Chocolate Tuxedo Cake Tak Perlu Guna Oven

Chocolate Tuxedo Cake, jom kita buat raya nanti. Kek simple, tak perlu oven pun untuk membuatnya.

Bahan Untuk Kek:

  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis (180 ml)
  • 3/4 cawan minyak (boleh lebihkan hingga lebih kurang 1 cawan untuk kek lebih lembab)
  • 1 cawan gula

Bahan-Bahan Yang Diayak Bersama:

  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 sudu teh baking soda

Cara Membuatnya:

1. Masukkan telur, susu cair, susu pekat manis dan gula ke dalam blender dan kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar sebentar saja sehingga sebati.

2. Akhir sekali, masukkan minyak dan kisar sekali lagi sekejap sahaja biar sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus dengan api sederhana hingga masak. Untuk acuan yang kecil, kukus lebih kurang 15-20 minit.

3. Bila kek sudah sejuk, tuangkan topping cheese di atasnya. Kemudian tuang pula sedikit choc ganache secara rawak dan lorekkan dengan hujung pisau.

Bahan-Bahan Untuk Topping Cheese:

  • 250 g cream cheese
  • 3 sudu besar gula castor (atau secukup rasa)
  • 1 cawan nondairy cream (saya guna vivo)
  • Susu cair secukupnya
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Sedikit jus lemon

Cara Membuat:

1. Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan vanila, jus lemon dan nondairy cream sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Royal Thai Butter Kek Sedap

2. Akhir sekali, tambah susu cair dan gula secukupnya hingga mendapat kepekatan dan rasa manis yang dikehendaki. Siap untuk dicurahkan ke atas kek tadi.

Bahan Untuk Choc Ganache:

  • 60 g dark choc
  • 60 ml nondairy cream

Cara Membuat Ganache:

1. Potong choc kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas tahan panas. Ketepikan. Panaskan krim hingga mula berbuih-buih.

2. Angkat dan tuangkan ke atas choc tadi. Biar 2-3 minit dan kacau hingga choc larut. Biar pekat sedikit sebelum digunakan.

Chocolate Tuxedo Cake Tak Perlu Guna Oven

Resipi Oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi