
Lunch hari ni saya buat bakso asli Indonesia. Sebab saya orang Indonesia.
Resepi Bakso Asli Indonesia
Bahan-Bahan:
500 gram daging lembu giling
1sdk baking powder
2 sdk garam
90ml air sejuk (air peti ye)
1 biji putih telur
5 sdb tepung ubi
2 siung bawang putih titumbuk
Cara Buat Bakso:
1. Siapkan mangkuk besar masukan tepung ubi & baking powder.
2. Haluskan/blender daging giling bersama dengan air sikit.
3. Daging yang halus tadi letak bawang putih, putih telur, serbuk lada putih & garam. Uli sampai sebati.
4. Daging yang diuli tadi campurkan dengan bahan tepung ubi tadi dan uli sampai sebati.
5. Simpan ke dalam bekas dan tutup bekas dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk 30 minit.
6. Bila doh dah sejuk sikit, ambil dan bentukkan bulat bakso. Kemudian rebus seketika.
7. Jika bakso terapung itu bermakna bakso dah masak.
Bahan Kuah Bakso:
6 siung bawang Putih
1/2 sdk serbuk lada putih
3sdb garam
2 liter air
2 batang daun bawang
500 grm Tulang Daging lembu
Cara Buat:
Rebus air hingga mendidih & masukan tulang lembu, biar dalam 30 mnit. Masukan bawang putih yang sudah dihaluskan, masukan daun bawang, garam & serbuk lada putih.
Sambal Bakso:
1. Sepeket cili padi direbus bersamaan lada kering, pastu blend bersama 2 siung bawang putih.
2. Rebus cili yang telah diblend, masukan garam, aji & gula cukup rasa. Tunggu mendidih & siap sambal sedap meletop pedas berdesing telinga.
Siap, tambahkan mee kuning atau mihun ye. Selamat mencuba ye kawan-kawan.
Resepi Oleh: Indri Alvirra Alvisya