Manisan

Resepi Agar-Agar Roti Tradisional Mengimbau Kenangan Lama

resepi-agar-agar-roti-tradisional-mengimbau-kenangan-lama

Resepi Agar-Agar Roti Tradisional Mengimbau Kenangan Lama

Roti kalau dah dekat nak expired, daripada membazir lebih baik buat agar-agar roti. Seloyang tu sekejap je boleh habis. Ariana nak share resepi agar-agar roti tradisional, pasti mengimbau kenangan lama. Ehhh! Tajuk taknak kalah.

Bahan-Bahan:

  • 3 1/2 cawan air
  • 12g agar-agar kering
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu butter
  • Pewarna makanan

Bahan Blend/Kisar:

  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1sk esen vanila

Cara Membuat:

1. Mula-mula blend roti, telur, susu cair, susu pekat, air dan esen vanila. Blend sampai sebati dan hancur. Dalam periuk masukkan air dan gula, kacau sampai sebati.

2. Masukkan pulak agar-agar kering dan kacau sehingga agar-agar hancur. Masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sebati. Masukkan butter dan kacau sebati.

3. Masak semua bahan sehingga sebati, jangan terlampau pekat pulak. Bahagikan kepada 3 adunan. Boleh tapis dulu adunan. Tak kisah nak letak warna ape. Taknak letak warna pun boleh.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mousse Coklat Berkrim

4. Tuang dalam loyang 9 inci, nak tebal sikit guna loyang 8 inci. Lepas tu lorek guna lidi. Tunggu sehingga sejuk atau pejal macam ni. Nak letak dalam peti ais pun boleh. Bila dah pejal bolehlah potong.

Resepi Agar-Agar Roti Tradisional Mengimbau Kenangan Lama

Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad