
Resepi Bakso ala Medan Memang Syok Habis
Petang-petang bila malas nak makan nasi, jom kita godak dapur buat Bakso ala Medan. Kuah Bakso ni simple je, tak payah bubuh aneka rempah tu. 4 sekawan ke, 5 sekawan ke semua tu tak payah bubuh. Tapi wajib bubuh buah pala dan buah keras. Memang rasa dia sangat istimewa tau. Terus boleh cakap Medan kau.
Makan dengan Mee kuning ke suhun ke bihun ke. Uishhhh memang syok habis. Kena pula sambal cili dia tu. Percikkan kicap manis sikit dan sos cili sikit. Makan tak memandang dah Kiri kanan.
Tak payah dah naik kapal terbang. Kita buat sendiri kat rumah. Lebih puas hati, kita anak ramai awaknya. Jimat poket mak.
Bahan-Bahan Kuah Bakso:
- 1 kilo tulang – direbus
- 1 peket bebola daging
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sdb Lada hitam
- 1 kiub ayam
- 1 biji buah keras
- 2 biji buah pala
Cara Membuat:
1. Kisar halus semua bahan dalam pinggan tu. Buah pala tu macam biji getah. Sebelum kisar awak ketuk dulu tau. Kalau takde buah keras kurang umph kuah Bakso kita nanti. Bila dah garing elok bahan tumisan kita tu bubuh 4 cawan air rebusan tulang. Tambah air bagi cukup 8 cawan semuanya.
2. Masukkan bebola daging pilihan hati awak. Kakchik guna jenama Muhammad Armiya tu je. Jenama ni bagi kakchik paling sedap buat Bakso. Kalau rajin boleh buat bebola daging sendiri ya. Biarkan merenih sampai mendidih gukgakgukgak gitu. Sepanas cerita cinta kita, tapi bila minum air panas dok fuh fuh fuh tiup. Apa cerita.
3. Ni bahan sambal cili untuk mahan dengan Mee Bakso;
- 2 batang cili merah
- 5 biji cili api
- 3 tangkai cili kering
- 2 bawang putih
- 2 sdb cuka masakan
Kisarkan semua bahan ni. Dalam periuk renihkan bahan sambal kita. Perasakan dengan garam gula. Dah siap.
Kita buat sendiri lah, anak ramaikan. Dua bungkus pun belum tentu cukup. Tak kan kita sanggup tengok anak terkulat-kulat hirup kuah. Bukan tak support orang meniaga, kita kan menteri kewangan negara kita sendiri. Buat sendiri meriah segala apa nak bubuh ikut selera ke apa. Ikut bajet juga, bajet lebih kita bubuh lebih. Yang penting anak-anak kita juga dapat merasa. Syukur alhamdulillah.
Resepi Oleh: Umi Watie