Sambal & Pencicah

Resepi Turun Temurun Sambal Tumis Ikan Masin

resepi-turun-temurun-sambal-tumis-ikan-masin

Resepi Turun Temurun Sambal Tumis Ikan Masin

Layan sungguh la “Sambal Tumis Ikan Masin.” Lain macam perginya lajak 2 pinggan. Resepi turun temurun zaman berzaman. Tekak melayu jadi ginila, walaupun muka ada sedikit iras gadis Korea. Tak payah lauk lain dah. Ngadap ni je pun.

Bahan-Bahan:

  • Ikan masin
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar cili kisar
  • sedikit belacan
  • 1 sdk gula melaka
  • 2-3 keping asam keping
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng (Lagi banyak minyak lagi sedap)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai garing. Angkat dan ketepikan dulu. Guna minyak yang sama, masuk 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Tumis sampai kekuningan.

2. Masuk 4 sudu besar cili kisar. Tumis sekejap. Masukkan pula belacan dan gula melaka, tak ada pun tak apa. Ganti je gula pahang ke gula perak ke? Tumis sampai pecah minyak ya.

3. Dah pecah minyak, masuk 2 atau 3 keping asam keping. Sambal tumis ikan masin lagi sedap guna asam keping berbanding asam jawa. Masuk 1 cawan air dan biar mendidih sampai kuah pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Penyet Dengan Sambal Sedap

4. Akhir sekali, terjunkan ikan masin tadi tu dalam kuali. Kacau sebati hingga ke sanubari. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Turun Temurun Sambal Tumis Ikan Masin

Resepi Oleh: Liza Idris