Cara Buat Kulit Karipap Pusing Rangup
Assalamualaikum, peminat karipap pusing rangup hingga ke petang. Memang best karipap ni, semoga video dan resepi ni dapat dijadikan panduan dan dimanfaatkan bersama.
Doh A (Minyak):
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar shortening
- 2 sudu besar marjerin/butter
- 1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dalam peti ais 15 minit
Doh B (Tepung):
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
- 1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
- 1 sudu kecil garam
- dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit
Cara Membuat:
1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh). Bulat-Bulatkan doh seperti dalam video.
2. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung yang telah dileperkan. Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut. Bulatkan kesemua doh dan biarkan selama 10 minit.
3. Leperkan atau gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
4. Setelah di gulung leperkan atau gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
5. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian. Ambil 1 keping adunan dan leperkan (video). Taruk inti dan kelim tepi karipap.
Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali