
Cara Buat Karipap Frozen
Setiap orang lain caranya kan, tapi inilah cara saya bila buat Karipap Frozen yang pnting buat dengan penuh kasih sayang tau. Tu yang buat rasa dia lain dari yang lain.
Rutin harian, stok kene sentiasa ada kalau tak… Emm… apa pun Alhmdulillah, ada jer permintaan.
Di sini saya ada sertakn sekali resepinya… Yang minat bolehlah Cuba ya.
Resepi Kulit Karipap Versi Saya
Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3 Sudu Besar Planta*
1 cawan minyak masak*
350 ml air# lebih kurang
1 1/2 Sudu kecil garam#
1 sudu besar gula #
Caranya:
1. Panaskn dahulu bahan yang bertanda *. Dah panas tutup apinya dan biarkan sebentar. Sementara tu kita satukan pula bahan yang bertanda # dalam satu bekas dan kacau bagi sebati.
2. Kemudian, ambil tepung gandum buh dalam besen dan buh tepung beras. Kacau kejap nak bagi tepung gandum dan tepung beras tadi bergaul dengan mesra.
3. Dah sebati, masuk dulu hirisan daun sup kalau nak, tak nak pun tak pe boleh jer. Kemudian, masukkan minyak dan planta yang dah kita dah sejukkan terlebih dahulu tadi.
4. Gaul hingga sebati dan jadi macam serbuk roti. Bila dah nampak jadi macam sebuk roti, barulah bubuh air sikit demi sikit sampai jadi doh.
5. Kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dulu dalam peti sejuk. Kemudian baru boleh start buat karipap.
Inti Karipap saya suka guna kentang
Bahan-Bahan:
20 biji ubi kentang buang kulit, patong dadu
2 labu bawang besar potong dadu
2 sudu besar cili blender
2 kiub pati ayam
5-6 sudu besar serbuk Kari ikan adabi
Garam secukup rasa
Gula saya letak dalam 6 atau 8 sudu besar
Daun kari
Daun sup
Kulit kayu manis kalau besar buh satu pun cukup dah
Bunga lawang saya letak 2 pcs
Caranya:
1. Kentang yang dah dipotong dadu tu di rebus dulu. Jangan lupa buh garam masa rebus tu dalam 2 sudu besar. Rebus jangan sampai empuk sangat nanti tak sedap agak-agaklah ya. Kalau tak pasti bila tengok dah mengelegak tu bolehlah tutup api pastu toskan kentang tu dulu.
2. Pastu tumis kulit kayu manis, bunga lawang, dan bawang besar yang dah dipotong dadu tadi. Bila dah naik bau boleh la letak air sikit kemudian buh rempah Kari ikan adabi tadi.
3. Kacau-kacau tambah air lagi agak-agaklah ya, jangan banyak sangat airnya. Pastu bubuh la serbuk perasa, garam, dan daun kari. Kacau-kacau pastu buhla kiub pati ayam tadi. Agak-agak macam dah pecah minyak, buang kulit kayu manis dan bunga Lawang tadi.
4. Kacau lagi pastikan janganla pekat sangat, agak-agak la kalau pekat tambah air sikit. Masukkan gula dalam 5 sudu, kacau-kacau kemudian masukkan kentang tadi dan kacau lagi.
5. Tambahkan lagi gula dalam 3 sudu besar kacau sampai masak. Masa ni rasalah pastikan semua rasa ada, masin manisnya. Kalau ikut resepi saya, saya suka yang ada rasa masin dan manis-manis sikit.
6. OK, bila dah masak, sebelum tutup api bole La letak daun sup. Kalau tak suka tak yah letak.. Saya letak sebab saya suka. OK dah pun siap.




Resepi Oleh: Fadzilah Hussien