Cara Buat Donut Ubi Keledek Sempoi

Cara Buat Donut Ubi Keledek Sempoi

Cerita siang tadi, beli keledek dah beberapa hari sampai lupa pulak nak masak. Ish.. Syukur la elok lagi. Anak bongsu dok sebut-sebut nak makan donut. So.. Petang ni mama Raysa nak mendonutkan keledek tu. Hehehe.. Dulu buat kentang, hari ni kita guna keledek pulak. Nice…

Bahan A:

  • 2 biji keledek yang sedang-sedang. Finas rebus sampai lembut dan lenyekkannya sampai hancur.

Bahan B:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 cawan air suam

Bahan C:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur

Cara Membuat:

1. Masukkan keledek yang dah dilenyek tadi dengan bahan-bahan B dan C. Uli sampai jadi doh dan biarkan dalam 40 ke 45 minit. Tutup ye bekas tu.

2. Kalau adunan lembik, tambah tepung sikit-sikit supaya tak melekat kat tangan. Tumbuk-tumbuk la sikit doh tu nak bagi keluarkan angin. Ingat orang je ke ada angin.

3. Lepas tu, ambil untuk dicanai dan terap. Masa ni ambil la sikit tepung untuk terap acuan donut tu. Biarkan sekejap pastu boleh la goreng.

4. Ikut suka, nak tabur gula boleh, nak buat topping apa-apa kat donut tu pun boleh. Tapi sedap lagi tabur gula. Yang ni penting…. Raysa kata sedap la mama.

Adunan ni finas dapat dalam 60 biji donut. Alhamdulillah dapat share dengan jiran-jiran terdekat. Ada rezeki kita buat lagi ye. Bismillah and Alhamdulillah.

Cara Buat Donut Ubi Keledek Sempoi

Resepi Oleh: Finas Osman