
Resepi Manisan Sagu Gula Melaka Bunga Telang
Sagu Gula Melaka Bunga Telang sebagai manisan hari ni. Sesuai dengan cuaca panas lit lit sekarang ni. Sedap dinikmati sejuk-sejuk. Menggunakan bunga telang sebagai pewarna asli.
Bahan Sagu:
- 2 cawan sagu
- 6 cawan air bunga telang
Saya rebus 50 kuntum bunga telang berlapis-jika telang selapis kene guna lebih kurang 100 kuntum untuk dapatkan warna biru terang.
Cara Membuatnya:
1. Sagu dicuci bersih dan rendam lebih kurang setengah jam dan toskan. Didihkan air bunga telang hingga mendidih dan masukkan sagu.
2. Sentiasa kacau supaya sagu masak sekata hingga tiada yang berwarna putih. Sesudah masak padam api dan masukkan ke dalam bekas atau acuan yang digemari.
Bahan Kuah:
- 1 ketul gula melaka secukupnya
- air biasa 1 cawan
- 1 helai daun pandan
Masak air, gula melaka dan daun pandan hingga larut, tapis dan sejukkan.
- 1 tin susu cair
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan air masak
- Secubit garam
Cara Buat: Satukan semua bahan ini dan tapis. Kuah santan bersama sudu cair ini rasanya lebih sedap.
Cara Menghidang: Tuangkan sedikit campuran susu dan santan serta air gula melaka. Sedap di nikmati apabila di simpan sejuk dalam peti ais. Selamat Mencuba!
Resepi Oleh: Lily Azhary