Cara Buat Apam Kampung Gula Merah Mudah

Cara Buat Apam Kampung Gula Merah Mudah

Apam Kampung Gula Merah adalah sejenis kuih tradisional Malaysia yang popular di kalangan penduduk kampung. Biasanya, apam ni dihidangkan sebagai makanan ringan atau pencuci mulut, dan sering menjadi pilihan hidangan semasa majlis atau acara tradisional di Malaysia. Resepi dan cara penyediaan kuih ini mungkin berbeza mengikut setiap daerah atau kampung, tetapi ia tetap menjadi kegemaran di kalangan lapisan masyarakat.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu makan gula putih
  • 1 paket yis

Cara Memasak:

1. Campurkan gula merah ke dalam bekas berisi air suam. Larutkan. Kemudian dalam bekas berlainan, masukkan tepung, mauripan dan gula putih. Kacau hingga sebati.

2. Tapis larutan air gula merah tadi ke dalam bekas berisi tepung. Kacau hingga sebati dan perap selama 1 jam hingga kembang.

3. Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan tadi (jangan kacau adunan yang diperam tu). Kukus adunan apam selama 30 minit atau hingga masak.

4. Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus.

Guna Pengkukus ‘High Quality’ Ni Baru Masak Sekata >> KLIK DI SINI

Cara Buat Apam Kampung Gula Merah Mudah

Resepi Oleh: نورليذا عزيز