snek, Snek

Blueberry Cheese Tart Montok Sejukkan Dulu Baru Sedap

blueberry-cheese-tart-montok-sejukkan-dulu-baru-sedap

Blueberry Cheese Tart Montok Sejukkan Dulu Baru Sedap

Misi menghabiskan blueberry filling yang dah nak expired, maka terjadilah my favourite Blueberry Cheese Tart montok. Selalu excited setiap kali buat die ni, paling best part lukis atau deko tu.

Bahan Shell Tart:

  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila (optional)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad

Bahan Cream Cheese Filling:

  • 500 gm cream cheese
  • 1 cawan gula aising
  • 2 sudu besar telur (pukul 1 biji telur & ambil 2 sudu besar)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna unggu, merah jambu & hijau
  • Blueberry filling

Cara Membuatnya:

1. Buat Shell Tart; Kacau butter dan gula hingga sebati. Campur kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.

2. Masukkan tepung-tepung ayak ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Kemudian, balut doh dengan plastik dan rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.

3. Saya guna dosage cup ubat untuk tekan shell tart atau boleh guna tart presser. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan tart saiz 4 cm dan tekan dengan dosage cup.

4. Buang lebihan doh dengan pisau dan kemaskan. Satu adunan saya dapat 50 biji shell tart saiz 4cm. Cucuk shell tart dengan garfu. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit api atas bawah. Setelah masak, keluarkan shell dari acuan dan sejukkan.

5. Buat Cream Cheese Filling; Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.

6. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati saja. Jangan terlebih pukul nanti cheese akan cair. Asingkan 3 sudu besar cheese dan warnakan dengan pewarna unggu, merah jambu dan hijau.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Biskut Lapis Koko Cheese

7. Picit blueberry filling ke atas shell tart. Potong piping bag saiz syiling 10 sen dan picit hingga membukit. Celup jari dengan air dan tekan pada bucu tajam cheese. Bakar pada suhu 150c selama 10 minit atau permukaannya licin. Setelah masak sejukkan dulu.

8. Lukis atau deko bunga dan daun dengan cheese yang telah di warnakan tadi. Selepas lukis tak payah bakar dah, hanya sejukkan di dalam peti ais. Yang ni pula, saya lukis/deko sebelum bakar. Selepas lukis, bakar pada suhu 150c selama 10 minit atau hingga permukaannya licin.

9. Sejukkan di dalam peti ais hingga set. Hasilnya, montok, flawless dan gebu. Shell tart pun crunchy walaupun simpan di dalam peti ais.

Nota:

Blueberry Cheese Tart montok Sejukkan Dulu Baru Sedap

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah