Jom Buat Gimbap Sarapan Style Orang Korea
Gimbap, juga dikenal sebagai kimbap, adalah makanan khas Korea yang populer. Ia terdiri dari nasi yang dibungkus dengan rumput laut, dan diisi dengan berbagai jenis bahan seperti sayuran segar, telur dadar, dan daging.
Gimbap biasanya dibuat dengan nasi yang telah dicampur dengan garam dan minyak bijan, yang memberikan rasa yang khas dan berbeza dari sushi. Gimbap biasanya disajikan dalam bentuk gulungan yang dipotong menjadi potongan-potongan kecil. Ia juga adalah makanan yang sangat mudah dan sering dimakan ketika sarapan atau makanan bekal.
Gimbap 김밥 untuk sarapan. Jemput makan semua.
Bahan-Bahan dan Cara Buat:
1. Nasi – Saya guna beras jenama Sumo, tanak seperti nasi biasa. Guna sukatan jari supaya nasi tak terlebih air dan lembik.
2. Rumpai laut kering – saya beli di Aeon.
3. Lobak merah – hiris nipis dan goreng di atas kuali sehingga lembut. Tambah sedikit garam.
4. Sawi Jepun (guna Bayam hijau pun boleh) – Rebus dan toskan. Kemudian gaul dengan sedikit minyak bijan.
5. Telur – Kacau dan goreng dadar. Kemudian gulung dan hiris nipis.
6. Isi ayam – saya potong memanjang. Perap ayam dengan sesudu kicap masin dan sesudu sos tiram. Goreng dengan minyak sedikit sehingga garing.
7. Sewaktu gulung Gimbap, pastikan nasi sudah sejuk dan rata kan nasi senipisnya di atas rumpai laut. Kemudian isi satu persatu bahan inti dan gulung sekemasnya. Kemudian potong
8. Sos pencicah saya cuma guna kicap masin jenama Yeos (ada banyak jenama kicap masin yang sedap, boleh cuba).
Tak Susah Kalau Ada Set Bahan-Bahan Buat Gimbap Ni >> https://shope.ee/6ACwMjHKi1
Resepi Oleh: Zurina Zulkefli