Resepi Kek Coklat Moist Lebih Sedap Bila Dikukus
Hari tu ada yang mintak resepi kek coklat moist sini saya share. Resepi asal kukus boleh je bakar tapi lagi sedap dikukus, lagi moist gitu. Versi ni dah diolah untuk jadi kurang manis dan ada topping sos coklat homemade yang jimat dan tahan lama kalau buat banyak-banyak simpan peti boleh tahan 2-3 bulan.
Bahan Basah:
- 3 biji telur
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan susu kotak full krim dutch lady @ susu cair
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 cawan serbuk koko
Blender semua bahan di atas selama 5 minit.
Bahan Kering:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
Cara Membuat: Ayak bahan kering dan campur dengan bahan basah yang sudah dikisar. Kukus semua bahan selama 45 minit (api sederhana). Panaskan pengukus dahulu sebelum kukus kek.
Bahan Topping Kayangan:
- 1 cawan coin dark coklat berlys
- 1/2 cawan wiping cream dairy or non dairy
- 2 sudu butter
Cara Buat: Cairkan macam biasa dan boleh tuang atas kek.
Topping Versi Bajet:
- 250 ml air
- 260g gula pasir
- 90g serbuk coco
- 125g wipping cream dairy or non dairy/susu cair @ full cream
Cara Buat: Masak air + gula hingga larut. Masukkan serbuk coco dan kacau sehingga tiada ketulan atau boleh tapis ye. Lepas tu, masuk wipping cream dan kacau sehingga pekat.
Boleh Guna Pengukus Elektrik Ni, Kek Cepat Masak! >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Puan Eha