
Tart Telur Crunchy Di Luar Lembut Di Dalam
Tart telur gebus, sedap dan just nice je rasa die. Crunchy di luar, lembut di dalam.
Bahan Shell Tart/Crust:
- 150 gm butter
- 1/2 cawan gula aising
- 1 biji kuning telur A
- 1 sudu teh esen vanila – optional
- 2 cawan tepung gandum*
- 2 sudu besar tepung jagung*
Bahan-bahan bertanda (*) di ayak.
Bahan Filling Telur:
- 6 biji telur A
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air panas
- Pewarna kuning – optional
Cara Membuatnya:
1. Untuk buta Shell Tart/Crust; Kacau butter dan gula dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati. Campur telur dan esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
3. Untuk buat Filling Telur; Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair dan pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
4. Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan. Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan dan kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak. Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.
resepi Oleh: Nor Al Fatihah