
Resepi Ayam Madu Macam Pasar Malam
Pagi tadi anak pesan nak makan ayam madu macam kat pasar malam tu. Ayam yang bermadu, bukan kakchik. Haishhh korang ni, pantang sebut pasal madu. Setakat ayam madu pasar malam tu aishhh mudah yakmat. Korang boleh bakar dalam oven, air fryer atau ala ala BBQ dengan resipi ni. Kakchik buat yang mudah saja, kita masak dalam kuali.
Ayam madu tak boleh buat banyak, kang semua kenyang siapa nak makan nasi? Dah Umi kena habiskan nasi, macam mana Umi nak diet?. Kukuh tak alasan kena makan banyak?.
Bahan-Bahan:
- 10 ketul drummet ayam
- 2 sdb sos cili
- 2 sdb sos tomato
- 2 sdb sos tiram
- 2 sdb sos Lada hitam
- 2 sdb minyak masak
- 2 sdb madu
- 6 sdb kicap manis
Cara Membuat:
1. Gaulkan semua bahan sebati. Perapkan dalam peti sejuk. Bila-bila teringin dah boleh makan. Ini kakchik guna kuali saja. Gunakan api paling kecil. Kakchik tutup tudung kuali, sesekali kacaukan supaya tidak hangit.
2. Masak sampai sos memekat. Dah siap, senang je kan? Kalau korang nak bakar dalam oven atau air fryer boleh bakar pada suhu 180 selama 20 minit.
3. Tadaaaa. Dah siap, cepat di masak sedap di makan. Gituh. Selamat mencuba korang. Berkilat wei, cantik elok je tersalut gravy dia. Ini bukan takat menjilat jari je ni. Dengan pinggan habis licin.
Ressepi Oleh: Umi Watie