Ayam, Masakan Thai

Masakan ala Thai Somtam Ayam Goreng

masakan-ala-thai-somtam-ayam-goreng

Masakan ala Thai Somtam Ayam Goreng

Sedap sangat-sangat SOMTAM AYAM GORENG. Saya buat sejenis lauk ni jer, makan dengan nasi panas-panas sambil meratah-ratah. Cukup rasa pedas masam-masam manis. Rugi sapa tak cuba.

Bahan-Bahan:

  • 2 keping isi dada ayam
  • 1 biji mangga muda/lemak (saya tambah)
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 3 sdb thai palm sugar/gula kabung siam
  • 4 biji buah tomato
  • 6 -8 biji cili padi
  • 4 sdb sos ikan/nampla sauce
  • 1- 2 biji limau nipis – ambil jus
  • 1 labu bawang holand – hiris nipis
  • 1 sdk thai cili flake – optional
  • Kacang panjang – dihiris kasar
  • Daun ketumbar
  • Sedikit ajinomoto

Cara Membuat:

1. Isi dada ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan tepung goreng ayam bestari rata-rata. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan. Masukkan gula kabung, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung, tumbuk kasar-kasar atau separuh hancur.

2. Masukkan tomato dan tumbuk kasar atau tenyeh-tenyeh biar hingga keluar jusnya. Masukkan sos ikan, jus limau dan ajinomoto. Gaul sebati dan secukup rasa. Mesti ada rasa pedas-pedas manis dan masam. Masukkan cili flake jika suka.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Basmati Berempah dan Ayam Tandori

3. Masukkan ayam goreng, mangga yang diparut, kacang panjang dan bawang holland. Gaul sebati secukup rasa dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Masakan ala Thai Somtam Ayam Goreng

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar