Resipi Rojak Ayam Snek Popular Pantai Timur

Resipi Rojak Ayam Snek Popular Pantai Timur

Rojak Ayam popular belah pantai timur. Kuahnya hampir sama dengan kuah pesembor belah utara. Rasa kacangnya, pedas-pedas dan sedikit manis kuahnya memang sedap.

Bahan Untuk Ayam Goreng Kunyit:

  • Ayam 1/2 ekor (dipotong 2) – Kemudian disapukan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan perasa seterusnya digoreng garing. Bila ayam siap digoreng boleh dipotong kecil-kecil. Siap.

Bahan Kuah Rojak:

  • Kacang tanah 300g (disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur)
  • Cili kering dibuang biji dan rebus dalam 2 senduk
  • Nisang 1 keping
  • Air asam jawa 1 mangkuk
  • Garam gula secukup rasa
  • Perasa
  • Serai 1 batang diketuk

Bahan Kisar Halus:

  • bwg besar 2 biji
  • bwg merah 6 biji
  • bwg putih 4 biji
  • halia 2 inci
  • lengkuas 1/2 inci
  • udang kering 2 sb
  • buah keras 1 biji
  • serai 1 batang

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak, masukkan serai dan bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan bahan kisar halus. Tumis lagi sampai pecah minyak. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi dan kacau rata.

2. Masukkan nisang, air asam jawa dan tambahkan dua cawan air. Renihkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Tutup api. Siap.

Bahan Buat Cucur Rojak:

  • Tepung Gandum 2 cwn
  • Soda bikarbonat 1 sk
  • Telur 1 biji
  • Daun kucai
  • Daun bwg dan sup
  • Taugeh
  • Garam
  • Serbuk kunyit 1 sk

Cara Membuat: Kesemua bahan disatukan, masukkan air dan gaul rata. Ketepikan untuk 30 minit. Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.

Bahan Sayur Rojak:

  • Taugeh dicelur
  • Timun dipotong panjang
  • Sengkuang dipotong panjang
  • Salad
  • Cili besar merah dan hijau

Bahan Lain:

  • Mee kuning 1 bungkus (dicelur seblum dihidang)
  • Telur 5 biji direbus. Kalau suka boleh digoreng telur selepas direbus.
  • Tauhu. Disapu garam kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan
  • Kentang 2 biji (direbus dan dipotong ketika hendak dihidangkan.

Cuba Juga Kuah Rojak & Tauhu Bakar Ni. Memang Lazat! >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Muliadi Ramli