Talam Roti Paun Dengan Lapisan Kastad Pandan
Petang nih mendung je nak hujan. Cuti sekolah perut suma lapo je budak-budak. Petang nih saya wat Talam Roti paun. Lebihan roti yang nak expired. Sedapp plak, bau kastard dengan pandan. Sapa suka angkat tangan.
Bahan Lapisan Bawah:
- 8 keping roti putih Gardenia – dicarik-carik
- 2 biji telur gred B
- 50 gm raisin – linda tak guna
- 1/2 cwn gula
- 1/2 sk garam
- 130 ml santan pekat – Linda guna santan kara je
- 300 ml air
- Sedikit esen vanilla
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti putih selama 20 minit (sehingga lembut). Masukkan dalam loyang 8 inci (sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik). Kukus selama 25 minit.
2. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu. Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar-cakarkan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah.
Bahan Lapisan Tengah:
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula
- 1/2 sk garam
- 2 biji telur gred B
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- sedikit pewarna hijau
- sedikit perisa pandan
Cara Membuat:
3. Satukan semua bahan-bahan, kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je, jangan terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah-olah macam susu pekat je.
4. Tuang bahan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 25 minit (apabila masak, cakar dengan garfu). Buat lapisan atasnya pula.
Bahan Lapisan Atas:
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1/2 cwn gula
- 1/4 sk garam
- Sedikit esen vanilla
- 3 biji telur gred B
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara Membuat:
5. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan-bahan dan tapiskan. Masak jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau supaya tak berketul-ketul.
6. Tuang adunan yang dah siap ke atas lapisan tengah tadi dan kukus selama 25 minit. Siap.
Tips:
- Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari pengukus. Lap dengan tisu dapor jika ada air pada permukaan kuih.
- Cakar permukaan kuih talam dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas.
- Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna.
- Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata.
- Setelah kuih masak, sejukkan dahulu hingga benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari loyang.
- Potong talam dengan menggunakan pisau plastik ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik.
Resepi Oleh: Dhia Azlinda