
Resepi Ayam Masak Lemon Cara Mudah
Cik shuben suka sangat makan ayam lemon ni, so hari ni try lah resipi ni. Jom cikedout resipi.
Bahan Perapan Ayam:
- 300~400g isi ayam dipotong 2 inci persegi atau hiris nipis.
- 1 sdk coarse blackpepper
- 1 sdk garam
- 1 sdk tepung jagung
- 1 sdk sos blackpepper
- 2 sdm kicap manis
+ Gaulkan semua dan perapkan dalam 30 minit. Nak perap dalam chiller pun boleh.
Bahan Untuk Goreng Ayam:
- 4 sdm tepung gandum
- 4 sdm tepung jagung
+ Gaulkan kedua-duanya dalam pinggan. Ketepikan.
Bahan Untuk Sos:
- 1 sdb lemon juice
- 1 sdk lemon zest / kulit lemon
- 1 sdb cuka
- 1 sdb honey
- 1 sdb tepung jagung
- 1 sdk brown sugar.
+ Gaulkan kesemuanya dalam mangkuk, ketepikan.
Bahan Untuk Tumis:
- 2 cm salted butter
- 3 cloves garlic, tumbuk
- 3 inci halia, hiris halus dulu then tumbuk.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Ambil ayam yang dah marinate tadi, coatingkan dia dengn campuran tepung gandum + tepung jagung tadi, goreng dalam minyak panas hingga golden brown.
2. Kemudian, angkat. Kalau nak lebih crispy ayamnya, buat style korea, angkat sat lima minit, masuk balik dalam minyak panas. Confirm crispy.
Cara Masak sos:
3. Panaskan kuali masukkan butter. Masukkan bawang putih dan halia. Dah brownish, masukkan bahan sos yang dah dibancuh tadi.
4. Tambahkan sedikit air dalam 1/2 gelas. Rasa dulu, kalau kurang rasa, tambah garam. Kemudian masukkan ayam popcorn yang goreng goreng tadi. Kaup balik bagi rata, kemudian tutup api.
Siap untuk dihidang dan Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Nur Hazlina Othman